Bekas pemain skuad bola sepak Selangor, Mohd. Razali Alias, 51, kini terlantar di Hospital Selayang sejak minggu lalu akibat hepatitis B.
Anak kepada bekas penyerang Selangor itu, Mohd. Raqib, 26, berkata bapanya mula dimasukan ke hospital Selasa lepas, setelah doktor mengesahkan Razali mengalami kerosakan buah pinggang ketika pemeriksaan biasa.
Katanya, bapanya masih di bawah pengawasan doktor walaupun menunjukkan tanda positif selepas tidak boleh makan dan minum sejak seminggu lalu.
“Ayah saya dikesan mengidap hepatitis B sejak 2008. Selepas mendapatkan rawatan, ayah saya kembali sihat namun sejak Oktober lalu ayah mula menunjukkan kembali tanda-tanda penyakit tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, semalam.
Mohd. Raqib memberitahu akibat penyakit tersebut, hati bapanya tidak berfungsi dengan baik, dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru.
Sepanjang karier bersama Selangor, Mohd. Razali pernah membantu pasukanya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986.
Mohd. Razali juga pernah menjadi jurulatih ATM pada 2009 serta pengurus kelab tersebut sejak 2010.
Sumber: Utusan Malaysia ditulis oleh Zajali Zamian






[...] Allahyarham menderita hepatitis B. Baca di sini [...]
Semoga lekas sembuh
http://jerukpisang.wordpress.com/2012/01/24/bak-gadis-malam-las-vegas-selena-gomez-pamer-lekuk-tubuh-sexy/
Sedih…bila dgr kabar kau telah kerahnatullah..
Teman perkampungan melayu kaki bukit dan kelas dr Sekokah Rendah Kaki Bukit (1968 -73) Singapura….
Ameeeeen